Visi
Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan berasaskan pengetahuan bagi melahirkan dan membangunkan usahawan yang berilmu, berdikari, berdaya tahan dan beretika.
Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan berasaskan pengetahuan bagi melahirkan dan membangunkan usahawan yang berilmu, berdikari, berdaya tahan dan beretika.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi
Untuk memupuk budaya keusahawanan dan mewujudkan usahawan beretika yang mampu menguasai ilmu dan kemahiran bagi membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Untuk memupuk budaya keusahawanan dan mewujudkan usahawan beretika yang mampu menguasai ilmu dan kemahiran bagi membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
·
PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANAN 1.0 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN Malaysia menuju ke arah negara
perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah
penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah
menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan
yang lebih besar. 1.1 DEFINISI USAHAWAN. Perkataan usahawan mula diperkenalkan
dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah
satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang
melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada
tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti
yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’
berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau
tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775
oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak
kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada
perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:- 1. Kamus Dewan Edisi Baru
mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu
pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk
membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. 2.
The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan
sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran
termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada
nilai pasaran barangannya. 3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi
menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada
suatu pembaharuan. 1
·
4. Webster’s Third New
International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus
suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung
risiko sesuatu perniagaan. 5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai
individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung
dan untuk terus berkembang. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa
usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu
perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan
perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga
dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui
perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.
Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan
mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang
inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya
ingin berjaya atas usaha sendiri. 1.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN Keusahawanan adalah
di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan
masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu
yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan
dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1). Jadual 1.1 Menunjukkan Bidang
Ilmu Keusahawanan Sikap Kemahiran Pengetahuan Motivasi yang tinggi Membuat
keputusan Mencari dan menggunakan maklumat Kepercayaan kepada diri
Menyelesaikan masalah Mengenalpasti dan sendiri melaksanakan sesuatu projek
Inisiatif Berunding Bertanggungjawab Berkomunikasi Kebolehan menangani Minda kreatif
keadaan tidak menentu (menghadapai risiko) 2
·
Keazaman dan
kesungguhan Kemahiran kerja berkumpulan Ketahanan mental dan fizikal Kemahiran
pengurusan Kemahiran teknikal Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan
sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan
perkara-perkara berikut :- • Mengenalpasti peluang perniagaan • Mengendalikan
usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai. •
Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang
ramai. • Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan
masyarakat. • Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk) •
Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan
pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial. • Sentiasa berusaha dan bersedia
untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke
semasa. Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti
manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia
dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang
lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai
objektif yang dihajati. S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan
J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang
yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut
mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif,
kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil
peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang
diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap. S: Apakah
unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan? J: Unsur–unsur sikap yang
ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri
sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak
menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal. 3
·
S: Sebutkan beberapa
orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara
yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan. J: Contoh usahawan
yang berjaya: a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft) b) Dato’ Maznah Hamid
– Keselamatan (Securiforce) c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah
(EMKAY) PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA Definisi : Peniaga ialah orang
yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan
perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang
yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga
yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan
keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga
akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga
semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga
adalah untuk mencapai matlamat peribadi. Jika diteliti kedua-dua istilah
peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari
keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat. Ciri-ciri Peniaga. 1.
Membeli barang untuk dijual semula. 2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan
harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi 3. Mempunyai sifat
boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang,
pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik. 4.
Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari
usahawan untuk dijual. Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga,
kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini
dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.
Jadual 1.2 Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga 4
·
PENIAGA USAHAWAN
Seorang peniaga tidak semestinya seorang Seorang usahawan juga seorang peniaga
usahawan. Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual Melibatkan diri dengan
usaha mencipta beli. barangan keluaran sendiri Sentiasa berusaha menambah
keuntungan Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata.
Tidak tertarik dengan perkembangan Mengikuti segala pembaharuan untuk teknologi
dan perubahan-perubahan menambah kreativiti. Menjual barangan yang sedia ada
dalam Memperkenalkan barangan baru yang boleh pasaran menembusi pasaran
Menghadapi persaingan sebagai cabaran Persaingan adalah satu cabaran yang biasa
memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup Berfikir hanya untuk menyelesaikan
masalah Merenung jauh kehadapan dan sentiasa harian. berfikir untuk
meningkatkan kemajuan pada masa hadapan. Mementingkan keuntungan jangka masa
Mementingkan keuntungan jangkamasa pendek. panjang. Perbezaan antara usahawan
dan peniaga ialah :- Usahawan 1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada
masyarakat dan pembangunan negara. 2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa
membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan
mencari idea-idea baru. 3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit.
Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu
dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran.
Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan
di bandar lain. Peniaga 1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada
khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Peniaga merupakan orang
yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga
yang tinggi. 5
·
3) Contoh: En. Ahmad
memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada
pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN Maksud Kompetensi Keusahawanan Kompetensi keusahawanan
bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi
keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan
dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai- nilai
hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang.
Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap
berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang
sama. Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan.
Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985)
terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah
menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu
kejayaan usahawan-usahawan ini. Senarai Kompetensi Keusahawanan 1. Inisiatif
Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang • membuat sesuatu kerja atau
tugas tanpa diarah atau dipaksa. • mempunyai sikap proaktif • giat berusaha
untuk membangun dan menjayakan perniagaannya. Dengan memiliki kompetensi ini
usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap
inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan
awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang
mungkin belum diterokai lagi. 2. Melihat dan merebut peluang 6
·
Sikap usahawan yang
mempunyai daya melihat dan merebut peluang • mempunyai kecekapan mencari dan
mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud • berkemampuan untuk merebut
peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi
kepentingan perniagaan dan lain-lain Kompetensi ini menjadi faktor penting
untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan
di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang
berpanjangan. 3. Kecekalan Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan
usahawan seperti berikut: • tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai
matlamat tanpa mengalah. • Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang
boleh menyekat pencapaian matlamat Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai
risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan
tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain
lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap
masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pun pernah
mengalami kegagalan. 4. Mencari maklumat Sikap individu yang mampu mencari
maklumat adalah: • melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat
maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat
memenuhi kepuasan pelanggan • mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan
perniagaan • membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya Untuk berjaya,
usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada
kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan 7
·
untuk meningkatkan
pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. 5.
Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi Sikap individu yang menitik beratkan
mutu kerja yang tinggi adalah: • Cenderung untuk menghasilkan atau menjual
barangan yang bermutu tinggi • Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan
dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang
lebih baik. • Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi
akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu . Hasil kerja yang
bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan
pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan
berpeluang untuk berjaya. 6. Komitmen terhadap perjanjian kerja Sikap usahawan
yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan: • kesanggupan melakukan
pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja • mengambil tanggung
jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja • kesanggupan membantu
kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan
• menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan •
sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan,
pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui . Sikap
ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan
imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak
institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan. 7.
Berorientasi ke arah kecekapan Sikap individu yang berorientasi ke arah
kecekapan adalah: 8
·
• sentiasa mencari
jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang
lebih singkat daripada kebiasaannya • sentiasa mengambil berat tentang
perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu
tindakan. • Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan
untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan. Kecekapan perniagaan akan
dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan
membantu kejayaan perniagaan 8. Membuat perancangan yang sistematik Sikap
individu yang membuat perancangan yang sistematik: • membuat perancangan dan
mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas- tugas yang besar kepada yang
lebih kecil dan mudah • membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang
dijangkakan • membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk
sesuatu tindakan • mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk
mencapai matlamat Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat
meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan. 9. Menyelesaikan
masalah secara kreatif Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan
masalah adalah: • mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi
dengan sebaik mungkin • mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara
penyelesaian secara inovatif Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan
pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan
yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif.
Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti
pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin
sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal
kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat
menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.
9
·
10. Yakin terhadap
keupayaan diri Individu yang bersikap yakin terhadap diri: • mempunyai kepercayaan
terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. •
melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas
atau menyahut sesuatu cabaran. • boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu. •
banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar
bidang pengkhususan. • tidak takut mencuba dan tidak takut gagal Sikap yakin
terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan
mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan. 11. Ketegasan
Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut: • berani
menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung • berani
mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.
Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini
adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang
terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya,
masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan
boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya. 12. Meyakinkan orang
lain Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah: • mampu
menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang
diperniagakan. • mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti •
bermaklumat dan berpengalaman 10
·
Usahawan perlu
berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan
dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang
berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal,
institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan
perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri. 13. Menggunakan strategi
pengaruh Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah: • cenderung
memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu
helah untuk sesuatu matlamat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam
syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi
pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat
perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan; • Pengaruh
berdasarkan kuasa mutlak • Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum • Pengaruh
berdasarkan kuasa memberi ganjaran • Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran •
Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan Usahawan perlu memiliki salah satu
daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber- sumber ini sebagai strategi
pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran
yang terlibat dengannya. 11
No comments:
Post a Comment